Rabu, 19 November 2008
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman Aktiviti eP
English
Bahasa Melayu
 






Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Tatacara Akhir Tahun
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan
» Surat Pekeliling

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» eCat
» MAMPU
» Tender2U
» Unit ePerolehan
» eKL
» myGovernment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan.
   


 
Notis Penting Notis Penting Notis Penting Notis Penting Notis Penting Notis Penting Notis Penting Notis Penting Notis Penting

JEMPUTAN KE SESI TAKLIMAT SISTEM ePEROLEHAN BAGI PEMBEKAL NEGERI SARAWAK PADA 26 / 27 NOVEMBER 2008

Sistem ePerolehan telah mula digunapakai secara meluas oleh Kementerian / Agensi Kerajaan Persekutuan bagi tujuan perolehan bekalan dan perkhidmatan kerajaan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kewangan bersama Commerce Dot Com Sdn. Bhd. (CDCSB) akan menganjurkan sesi taklimat mengenai sistem ePerolehan kepada para pembekal di negeri Sarawak bagi tujuan pendedahan dan pemahaman untuk memantapkan lagi pelaksanaan sistem ePerolehan di kalangan pembekal. Butiran taklimat adalah seperti di bawah:-

Tarikh:     26 ATAU 27 November 2008 (Rabu ATAU Khamis)

Masa:      9:00 Pagi – 1:00 Petang

Tempat: Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan
                P.O. Box No (P) 147
                Jalan Tun Razak
                93457 Kota Samarahan, Kuching
                SARAWAK


Tuan / Puan dijemput hadir ke salah satu sesi taklimat di atas. Aturcara Taklimat boleh didapati di Lampiran A dan Tuan / Puan dikehendaki mengemukakan Maklumbalas Pengesahan Kehadiran melalui Lampiran B selewat-lewatnya pada 24 NOVEMBER 2008 (Isnin). Sila klik di bawah untuk mendapatkan lampiran tersebut.

1) Surat Jemputan Kementerian Kewangan.
2) Lampiran A: Aturcara Majlis
3) Lampiran B: Borang Maklumbalas

Di samping itu, Kaunter Perkhidmatan mengenai sistem ePerolehan akan disediakan untuk kemudahan Tuan / Puan bermula jam 9 pagi hingga 4 petang pada kedua-dua hari tersebut di lokasi yang sama.

Tuan / Puan boleh mendapatkan perkhidmatan seperti:

  • Pembayaran produk / perkhidmatan ePerolehan
  • Pembolehan (Permohonan Medium Akses ePerolehan: Kad MyeP / ePXS USB Crypto Token / Pembaca Kad Pintar, Permohonan Langganan Ruang Katalog & Latihan ePerolehan)
  • Khidmat nasihat / rundingan mengenai produk / perkhidmatan atau tatacara transaksi ePerolehan
  • Menyemak status permohonan Lesen Kem. Kewangan
  • Promosi Notifikasi Percuma Tender2u selama 1 Bulan (Tarikh Efektif: 1 Disember 2008 - 30 Disember 2008)
Kehadiran Tuan / Puan ke sesi taklimat dan kaunter perkhidmatan ini amat dialu-alukan dan dihargai.

Sila hubungi Khidmat Bantuan ePerolehan di talian 03-7985 7777 atau emel bantuan@commercedc.com.my bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.


Sekian, terima kasih.

Unit Pendaftaran ePerolehan
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.

NOTIS PENGUMUMAN

Beberapa penambahbaikan telah dibuat terhadap modul Pembelian Terus,Sebutharga dan Tender. Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun nota keluaran yang berkenaan.

1) Invois Luar Talian.
2) Pembentukan Jawatankuasa Sebutharga dan Tender
3) Papan Kenyataan Sebutharga dan Tender
4) Tarikh Taklimat bagi Iklan Tender
5) Diari Pengesanan Sebutharga dan Tender

Senarai Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan yang dikembalikan oleh Poslaju National Courier - Batch 4

Syarikat-syarikat yang tersenarai di dalam lampiran di bawah di minta menuntut sijil tersebut dalam masa 90 hari mulai hari ini 28 Julai 2008.
Sila klik di bawah untuk melihat senarai.

1) Surat dari Kementerian Kewangan.
2) Syarikat bermula dari A - D
3) Syarikat bermula dari D - M
4) Syarikat bermula dari M - S
5) Syarikat bermula dari S - Z

Sekian, terima kasih.
Unit Pendaftaran ePerolehan
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.

PEMBAYARAN ATAS TALIAN MELALUI MAYBANK2U.COM.MY

Berita baik kepada pengguna Pembekal ePerolehan! Pembekal yang mempunyai akaun Maybank boleh membuat bayaran kepada Commerce Dot Com Sdn. Bhd. melalui perkhidmatan atas talian Maybank2u.com.my secara tunai dan kad kredit.

Sila klik di sini untuk tatacara pembayaran melalui Maybank2u.com.my.

Sila klik di sini untuk tatacara pembayaran menggunakan kad kredit melalui Maybank2u.com.my


Jenis pembayaran kepada Commerce Dot Com Sdn. Bhd. :-

  • Pembayaran Permohonan Lesen Kementerian Kewangan
  • Pembayaran Medium Akses eP
  • Pembayaran Perkhidmatan Latihan eP
  • Pembayaran Langganan Ruang Katalog
  • Pembayaran Langganan Notifikasi Tender2U
Arkib Notis :
1. Tuntutan Sijil Pendaftaran Dikembalikan. -DIKEMASKINI- Selanjutnya...
2. Pembayaran Pendaftaran Kementerian Kewangan. -DIKEMASKINI- Selanjutnya...
3. Pembekal akan kehilangan peluang untuk bertransaksi, selanjutnya...
4. Mini eP Shoppe baru. Selanjutnya...
5. Sesi Tunjuk Ajar Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan. Selanjutnya...
6. Makluman Kepada Pembekal di Sabah dan Sarawak. Selanjutnya...
7. Syarat pembekal untuk menjadi ePerolehan Diperboleh, Selanjutnya...
8. Pertukaran domain portal ePerolehan, Selanjutnya...
9. Permohonan Medium Akses eP dihentikan, Selanjutnya...
10. Pelaksanaan Jabatan Mengakaun Sendiri untuk KKDN, Selanjutnya...
11. Kaunter perkhidmatan eP di SSM, Selanjutnya...
12. Maklumat bayaran kredit terus melalui Maybank, Selanjutnya...
Hubungi kami:

Alamat:

Kaunter Perkhidmatan
ePerolehan
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
Tingkat Satu, Wisma Amtek
No.15, Jalan Tandang
46050 Petaling Jaya
Selangor.

Laman Web:
www.commercedc.com.my

Peta Lokasi : Klik di sini


Telefon:

03 7985 7777 (Pembekal/Perunding)
03 7985 7888 (PTJ)
03 7985 7899 (Tender2U)

Faks:
03 7985 7744

Emel:
bantuan@eperolehan.gov.my
bantuanptj@eperolehan.gov.my
Sila ke kaunter eP Shoppe di Tingkat Satu, untuk urusan ePerolehan.
( ISNIN - JUMAAT 9.00 pagi - 5.30 petang, SABTU 9.00 pagi - 1.00 petang )

 
 

Tarikh kemaskini : 14 Oktober 2008


 Akaun E-mel PERCUMA
Sudahkah anda mempunyai akaun e-mel?
Klik untuk mendapatkan akaun
e-mel ePerolehan secara PERCUMA.
Untuk mengakses e-mel, sila klik di sini.
 
Berita

MAKLUMAN TENDER TERKINI DENGAN Tender2U
klik di sini

 
Ujian Kelajuan
Lebar Jalur

 

SENARAI PEMBEKAL YANG TELAH DIPERBOLEHKAN
klik di sini